Khamis, 11 September 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Nilam


Program Nilam merupakan satu aktiviti untuk meningkatkan pembacaan murid.Setiap sekolah adalah diwajib melaksanakan program ini.Bagi melancarkan pelaksanaannya setiap sekolah mestilah menubuhkan satu jawatankuasa nilam.Bagi memperkemaskan pentadbiran nilam peringkat sekolah,pihak PKG telah mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha nilam pada 25.2.2008.Pegawai Teknologi Pendidikan telah menerangkan bagaimana sistem pengumpulan markah pembacaan dan sistem fail boleh diuruskan dengan baik.Cara pengurusan yang diuruskan oleh setiausaha akan mempengaruhi dan menyokong kejayaan program tersebut.

Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum


Seramai 14 orang guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah ahli PKG Yan telah menghadiri mesyuarat tersebut pada 29.1.2008 jam 8.30 pagi.Mesyuarat dipengerusikan oleh En Tan Sea Bah,Guru Besar SJKC Chung Hwa.Tujuan mesyuarat ialah membincangkan aktiviti kokurikulum bagi tahun 2008.Satu takwim aktiviti telah dikeluarkan hasil daripada perbengkelan.Perancangan yang teliti akan dapat membantu melancarkan lagi semua aktiviti permainan dan sukan.

Selasa, 2 September 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan


Pada 17.1.2008 telah diadakan Mesyuarat Pengurusan PKG Yan.Mesyuarat dipengerusikan oleh Hj Pamin b Paiman.Semua ahli iaitu 18 orang pengetua dan guru besar telah menghadiri mesyuarat tersebut.Pegawai Teknologi Pendidikan iaitu Mohd Asri b Shuib selaku setiausaha telah membentangkan laporan aktiviti 2007 dan perancangan aktiviti 2008.Sepanjang mesyuarat berlangsung ahli mesyuarat telah memberi cadangan dan pandangan bagaimana memantapkan lagi aktiviti di PKG.